Privacy Notice | Dikemas kini: 26 Mac 2025
Notis privasi ini (“Notis”) dikeluarkan oleh ERS Energy Sdn Bhd dan oleh ERS Energy Sdn Bhd bagi pihak subsidiari-subsidiarinya dan perbadanan-perbadanan berkaitannya (secara kolektif “kami”) kepada anda. Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi”, dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”).
This privacy notice (“Notice”) is issued by ERS Energy Sdn Bhd and by ERS Energy Sdn Bhd on behalf of its subsidiaries and related corporations (collectively “our”, “us” or “we”) to you. For the purpose of this Notice, the terms “personal data”, and “processing” shall have the same meaning as prescribed in the Personal Data Protection Act 2010 (“Act”).
1. Notis ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda mengikut Notis ini.
This Notice serves to inform you that your personal data is being processed by us or on our behalf and you agree to the processing of your personal data in accordance with this Notice.
2. Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi daripada anda dari semasa ke semasa termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, tarikh lahir, umur, nombor Kad Pengenalan Malaysia dan/atau salinan kad pengenalan, nombor pasport atau nombor pengenalan peribadi lain, kewarganegaraan, bangsa, jantina, alamat e-mel, alamat, nombor telefon, status perkahwinan, gambar, imej dan rakaman CCTV, maklumat akaun bank, maklumat hubungan kecemasan, data peribadi lain yang dihantar atau dikemukakan oleh anda kepada kami dari semasa ke semasa dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya.
We may collect a variety of personal data from you from time to time including but not limited to name, date of birth, age, Malaysian Identification Card number and/or copies of any identification card, passport number or such other personal identification number, nationality, race, gender, e-mail address, address, contact number, marital status, photographs, CCTV images and footages, bank account details, emergency contact details, other personal data which is submitted or made available by you to us from time to time and all other personal data we again collect from you on any subsequent occasion.
3. Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya untuk maksud-maksud berikut (jika relevan):
Your personal data is being or is to be collected and further processed for the following purposes (where relevant):
melaksanakan aktiviti pra-kontrak dan obligasi kontrak kami dengan anda;
performing pre-contractual activities and our contractual obligations with you;
memastikan anda melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak anda dengan kami;
ensuring the performance by you of your pre-contractual and contractual obligations to us;
memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan kami; menerima produk dan/atau perkhidmatan daripada anda;
providing you with our product and/or services; receiving products and/or services from you;
mengesahkan dan melakukan transaksi kewangan berkaitan dengan pembayaran yang dibuat oleh atau kepada anda dan mentadbir dan memproses apa-apa pembayaran yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang diminta atau disediakan oleh anda;
verifying and carrying out financial transactions in relation to payments made by or to you and administering and processing any payments related to products and/or services requested or provided by you;
mendapatkan nasihat profesional;
obtaining professional advice;
maksud-maksud pentadbiran dan pengurusan dalaman, termasuk tanpa had untuk maksud-maksud yang berkaitan dengan penyimpanan data;
internal administration and management purposes, including without limitation for purposes related to data storage;
membolehkan anda mengakses mana-mana platform dalam talian atau laman web yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh kami atau bagi pihak kami (“Platform”);
allowing you access any online platforms or sites owned, operated or managed by us or on our behalf (“Platform”);
memberikan anda akses kepada mana-mana premis/kemudahan berkaitan, termasuk tanpa had premis/kemudahan yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh, atau bagi pihak kami (“Premis Kami”);
granting you access to any relevant premises/facilities, including without limitation the premises/facilities owned, operated or managed by us or on our behalf (“Our Premises”);
berkomunikasi dengan anda, menangani pertanyaan atau aduan anda, menyelesaikan sebarang isu/pertikaian dan menguatkuasakan hak-hak kami;
communicating with you, dealing with your inquiries or complaints, resolving any issues/disputes and enforcing our rights;
operasi, pengurusan, peningkatan dan/atau penyelenggaraan sistem dan Premis Kami;
the operation, management, enhancement and/or maintenance of our system and Our Premises;
operasi, pengurusan, peningkatan dan/atau penyelenggaraan sistem dan premis anda termasuk kerja-kerja pembetulan kecacatan;
the operation, management, enhancement and/or maintenance of your system and your premises, including defect rectification works;
menganjurkan, mengambil bahagian, mengurus dan/atau menjalankan tugas yang berkaitan dengan acara, pertandingan, persaingan, program dan aktiviti lain yang dianjurkan atau ditaja oleh, atau bagi pihak, kami (“Acara”);
organising, participating in, managing and/or carrying out duties in connection with our events, contests, tournaments, competitions, programmes and other activities organised or sponsored by us or on our behalf (“Events”);
mengiklankan dan memberi anda maklumat (seperti Acara, tawaran atau promosi) yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami, syarikat-syarikat bersekutu kami dan rakan-rakan perniagaan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada menghantar surat berita elektronik, bahan pemasaran promosi, mesej dan ucapan perayaan/ulang tahun, hadiah dan/atau baucer kepada anda;
advertising and providing you with information (such as Events, offers or promotions) relating to our and our related corporations’ and business partners’ products and/or services, including without limitation sending you e-newsletters, promotional marketing materials, seasonal/birthday greetings and messages, gifts and/or vouchers;
menerbitkan gambar dan rakaman video anda, yang ditangkap semasa penyertaan anda dalam mana-mana Acara kami, atau di Premis Kami;
publishing photographs or video footages of you, which are captured during your participation in any of our Events, or at Our Premises;
menghubungi orang hubungan kecemasan sekiranya berlaku kecemasan;
contacting your emergency contact person in case of an emergency;
mencegah atau menyiasat sebarang penipuan, aktiviti haram atau jenayah;
preventing or investigating any fraud, illegal or criminal activities;
mematuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia dan/atau arahan dan permintaan daripada pegawai penguatkuasa undang-undang atau badan kerajaan dan pihak berkuasa pengawalseliaan, kementerian, lembaga berkanun atau pihak berkuasa lain yang serupa;
complying with any legal or regulatory requirements and/or directions and instructions from any law enforcement officer or governmental and regulatory bodies, ministries, statutory boards or other similar authorities;
penstrukturan semula atau transaksi korporat sebenar atau yang dijangkakan yang melibatkan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang usahasama, penggabungan, pengambilalihan, penstrukturan semula dan/atau penyusunan semula dan/atau pemerolehan, pelupusan, penjualan, penyerahan dan/atau pemindahan mana-mana atau semua bahagian perniagaan, hak, obligasi, aset atau stok kami;
contemplated or actual corporate restructuring or corporate transaction involving us including without limitation any joint venture, merger, acquisition, restructuring and/or reorganization and/or acquisition, disposition, sale, assignment and/or transfer of any or all portion of our business, rights, obligations, assets or stock;
penyimpanan rekod kami dalam perjalanan biasa urusan kami;
our record-keeping in the ordinary course of our business;
untuk digunakan dalam, untuk menyediakan dan/atau menambah baik perkhidmatan kami, menganalisis corak penggunaan dan pilihan, tinjauan pasaran dan menyediakan perkhidmatan lain untuk meningkatkan dan menyokong hubungan dengan anda dan/atau organisasi anda dan/atau orang atau syarikat lain yang diwakili oleh anda; dan/atau
to be used in, to provide and/or to improve our services, analysing consumption patterns and choices, market surveys and providing other services to enhance and support the relationship with you and/or your organisation and/or such other persons or companies represented by you; and/or
maksud-maksud lain yang dibenarkan oleh anda atau berhubungan secara langsung atau sampingan dengan yang tersebut di atas.
such other purposes authorised by you or directly related or ancillary to the foregoing.
(secara kolektif, “Maksud”). / (collectively, the “Purposes”).
4. Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa had:
Your personal data is being or is to be collected from a variety of sources, including without limitation:
daripada borang yang diserahkan atau diisi oleh anda atau bagi pihak anda kepada kami (termasuk tanpa had kepada borang borang jualan dalam talian);
from the forms submitted or filled in by you or on your behalf to us (including without limitation online sales form);
apabila anda bertanya tentang produk dan/atau perkhidmatan kami;
when you inquire about products and/or services;
apabila anda melawat Premis Kami;
when you visit Our Premises in person;
melalui Platform anda dan/atau kuki;
via our Platform and/or the cookies;
daripada mana-mana maklumat atau dokumen yang diserahkan atau diberikan oleh anda kepada kami untuk mana-mana Maksud tersebut;
from any information or document submitted or provided by you to us for any of the Purposes;
apabila anda menghubungi kami melalui pelbagai kaedah seperti panggilan telefon, e-mel dan/atau Platform;
when you contact us through various methods such as telephone calls, emails and/or the Platform;
daripada CCTV;
from CCTV;
daripada mana-mana pihak ketiga (termasuk tanpa had kepada pihak pengawalseliaan berkuasa dan penguatkuasa undang-undang dan sumber pihak ketiga yang lain); dan/atau
from any third parties (including without limitation regulatory and law enforcement authorities and other third party sources); and/or
daripada semua komunikasi lain antara anda dan kami dan daripada semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari semasa ke semasa.
from all other communications between you and us and all other information that you may provide to us from time to time.
5. Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda tertakluk kepada peruntukan berikut dan peruntukan Akta tersebut:
You have the right to request access to and to request correction of your personal data subject to the following and subject to provisions of the Act:
anda boleh membuat permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data secara bertulis kepada kami; dan
you may make a data access request or a data correction request in writing to us; and
kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data daripada anda dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.
we may refuse to comply with your data access request or a data correction request and shall, by notice in writing, inform you of our refusal and the reasons of our refusal.
6. Anda boleh, dengan menghantar notis bertulis: (a) menghadkan pemprosesan data peribadi anda atau meminta kami berhenti memproses atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda; dan atau (b) menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami (sepenuhnya atau sebahagiannya) untuk memproses data peribadi anda, tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang dan tempoh masa yang munasabah untuk perlaksanaan penarikan balik persetujuan tersebut. Jika anda menghadkan pemprosesan atau menarik balik persetujuan anda kepada apa-apa atau semua penggunaan data peribadi anda, ia akan menyebabkan: (i) kami tidak dapat terus mentadbir sebarang pengaturan atau hubungan kontraktual antara anda dan kami; (ii) kami tidak dapat (terus) melaksanakan mana-mana obligasi kontraktual kami kepada anda (jika ada); (iii) kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud tersebut; dan/atau (iv) penamatan sebarang pengaturan/perjanjian/ kontrak antara anda dan kami, tanpa sebarang tanggungjawab daripada pihak kami (“Konsekuensi”).
You may, by sending a written notice: (a) limit the processing of your personal data or request us to cease or not begin processing your personal data; and/or (b) withdraw your consent previously given to us (in full or in part) to the processing of your personal data, subject to any applicable legal restrictions and a reasonable duration of time for the withdrawal of consent to be effected. If you limit the processing or withdraw your consent to any or all use of your personal data, it may result in: (i) us being unable to continue to administer any arrangement or contractual relationship in place between you and us; (ii) us being unable to (continue to) perform any of our contractual obligations to you (if any); (iii) us being unable to process your personal data for any of the Purposes; and/or (iv) the termination of any arrangements/agreements/contracts between you and us, without any liability on our part (“Consequences”).
7. Anda boleh menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda melalui kaedah di bawah:
You may contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data via the methods below:
Jawatan / Designation: General Counsel
No. Telefon / Telephone: +60(3) 3099 1468
Alamat / Address: Level 8, Tower 2, Faber Towers, Jalan Desa Bahagia, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur
8. Kami akan menzahirkan/memindahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga (yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia) berikut:
We may disclose/transfer your personal data to the following third parties (who may be located within or outside Malaysia):
perbadanan-perbadanan berkaitan kami, syarikat-syarikat bersekutu dan/atau subsidiari kami;
our related corporations, affiliates and/or subsidiaries;
rakan-rakan perniagaan, kontraktor, perunding, pembekal dan penyedia perkhidmatan kami, termasuk tanpa had kepada pembekal perkhidmatan awan, pembekal perkhidmatan telekomunikasi dan teknologi maklumat kami;
our business partners, contractors, consultants, suppliers and service providers, including without limitation our cloud service providers, telecommunications and information technology service providers;
penasihat kewangan atau profesional kami termasuk tetapi tidak terhad kepada juruaudit, akauntan dan peguam (dasar keperluan untuk mengetahui);
our financial and other professional advisors including but not limited to auditors, accountants and lawyers (on a need-to-know basis);
bank dan syarikat insurans, pembekal perkhidmatan pengesahan kad kredit dan pemproses pembayaran;
banks and insurance companies, credit card verification providers and payment processors;
pegawai penguatkuasa undang-undang, jabatan dan/atau agensi kerajaan (termasuk tanpa had jabatan separa dan kuasi kerajaan) dan pihak berkuasa pengawalseliaan dan/atau badan berkanun, kementerian, lembaga berkanun atau pihak berkuasa lain yang serupa;
law enforcement officers, governmental (including without limitation semi and quasi-governmental) departments and/or agencies, regulatory and/or statutory bodies, ministries, statutory boards or other similar authorities;
mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda;
such third party as requested for or authorised by you;
ahli keluarga terdekat anda dan/atau orang hubungan (bagi keadaan kecemasan) yang diberitahu kepada kami dari semasa ke semasa;
your immediate family members and/or contact person (in case of emergency) as may be notified to us from time to time;
kakitangan keselamatan dan sekuriti;
safety and security personnel;
penerima hak, penyerah hak, penerima pindah milik, pemberi pindah milik, pemeroleh atau pihak yang diperolehi, yang sebenar atau berpotensi berkenaan dengan hak, kepentingan dan harta kami; dan/atau
our actual or potential assignee, assignor, transferee, transferor, acquirer or acquiree in respect of our rights, interests and properties; and/or
pihak ketiga lain untuk mana-mana Maksud tersebut.
other third parties for any of the Purposes.
9. Kami mungkin memerlukan bantuan anda jika data peribadi berhubungan dengan orang lain adalah diperlukan untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami apabila diperlukan.
We may require your assistance if the personal data relating to other persons is required to process your personal data for the Purposes and you hereby agree to use your best endeavors to assist us when required.
10. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Maksud tersebut sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.
In the event that personal data of any third party is supplied by you to us, you shall ensure that such third party has read this Notice and consented to us collecting his/her personal data for any of the Purposes prior to the supply of his/her personal data to us.
11. Jika orang lain memberikan/mengemukakan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju bahawa anda telah memberi kebenaran untuk pemberian/pengemukaan data peribadi anda dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh kami selaras dengan Notis ini.
Where another person is providing/submitting any of your personal data to us, you agree that you have authorised the disclosure of your personal data to us and consented to the processing of your personal data by us in accordance with this Notice.
12. Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami data peribadi yang ditandakan atau dinyatakan wajib dalam borang kami. Jika anda tidak memberikan kami mana-mana data peribadi tersebut, ia akan mengakibatkan mana-mana Konsekuensi (seperti yang dinyatakan dalam perenggan 6 di atas).
It is obligatory that you supply us the personal data marked or specified as compulsory in our forms. If you fail to supply us with any of the said personal data, it may result in any of the Consequences (as specified in paragraph 6 above).
13. Kami boleh, jika perlu, memindahkan data peribadi anda ke tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini bersetuju terhadap pemindahan tersebut.
We may, where necessary, transfer your personal data to a place outside of Malaysia and you hereby consent to the transfer.
14. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
You are responsible for ensuring that the information you provide to us is accurate, complete, not misleading and kept up to date.
15. Kami mungkin mengemaskini dan meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda apa-apa pemindaan kepada Notis ini melalui notis di Platform kami, melalui e-mel atau cara-cara lain yang sesuai. Apa-apa pemindaan kepada Notis ini akan berkuatkuasa setelah pemakluman tersebut. Dengan meneruskan penglibatan bersama dengan kami atau mengakses Platform kami anda setelah penerbitan atau pengeluaran pemakluman mengenai pindaan kepada Notis ini, anda akan dianggap telah bersetuju dengan Notis ini (yang telah dipinda dan dikemaskini).
We may update and amend this Notice from time to time. We will notify you of any amendments to this Notice via notices on our Platform, through email or other appropriate means. Any such amendments will be effective upon such notification. By continuing to engage with us or accessing our Platform after the issuance of such amendment notice, you will be considered as having agreed to this Notice (as amended and updated).
16. Sekiranya terdapat apa-apa ketidak-konsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.
In the event of any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Notice, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia version.